Maklumat yang dikumpulkan
FazHub menyimpan maklumat akaun seperti username, email, rekod pembelian dan baki FazCoin. Apabila kau menyambungkan Roblox, kami menerima ID pengguna, username, display name, pautan profil, skop yang diluluskan dan Universe yang kau pilih.
Tujuan penggunaan
Maklumat digunakan untuk login, pemulihan akaun, pembayaran, penghantaran produk, pengaktifan lesen, sokongan pelanggan, pencegahan penyalahgunaan dan audit keselamatan.
Token dan keselamatan
Token OAuth Roblox dienkripsi pada server. FazHub tidak meminta atau menyimpan password Roblox dan cookie .ROBLOSECURITY. Secret lesen disimpan dalam bentuk hash; nilai asal hanya dipaparkan ketika dijana.
Log lesen
Semakan lesen boleh merekodkan ID lesen, Universe ID, Place ID, build, masa semakan dan hash alamat rangkaian untuk pengesanan penyalahgunaan. Kami tidak menggunakan log ini untuk menjejak pemain individu.
Perkongsian dan penyimpanan
Maklumat hanya dikongsi dengan penyedia yang diperlukan untuk operasi seperti ToyyibPay, penyedia email, Roblox OAuth dan hosting. Rekod transaksi dan keselamatan boleh disimpan selama diperlukan untuk perakaunan, sokongan dan pencegahan penipuan.
Permintaan pengguna
Kau boleh memutuskan sambungan Roblox melalui dashboard. Untuk pertanyaan akses, pembetulan atau pemadaman data, hubungi support@fazhub.my. Sesetengah rekod transaksi mungkin perlu dikekalkan mengikut keperluan undang-undang.