Lesen penggunaan
Setiap pembelian memberikan lesen terhad, tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah milik untuk menggunakan produk FazHub dalam bilangan Roblox Universe yang dinyatakan pada halaman produk atau dashboard.
Apa yang dibenarkan
Kau boleh mengubah UI, warna, nama paparan, integrasi dan konfigurasi untuk experience berlesen. Kau juga boleh menggunakan produk dalam experience komersial yang mematuhi peraturan Roblox.
Apa yang dilarang
Kau tidak boleh menjual semula, berkongsi, membocorkan, menerbitkan atau memberikan source dan fail produk kepada pihak lain. Kau tidak boleh membuang sistem lesen, memalsukan Universe ID, berkongsi secret, memintas had download atau mendakwa produk FazHub sebagai produk asal kau untuk dijual semula.
Team Create
Collaborator boleh bekerja dalam Universe yang sama. Mereka tidak mendapat hak untuk menggunakan atau memindahkan produk ke Universe lain.
Pemindahan dan tindakan lesen
Pemindahan Universe memerlukan semakan admin dan mungkin tertakluk kepada tempoh bertenang. Lesen boleh digantung untuk chargeback, perkongsian source, resale atau penyalahgunaan yang disahkan. Produk hanya akan berhenti initialize secara selamat; FazHub tidak akan memadam place atau kick pemain.
Ketersediaan dan kemas kini
FazHub berusaha memastikan License API tersedia, tetapi gangguan sementara boleh berlaku. Sokongan versi lama, kemas kini dan ciri tambahan bergantung pada produk yang dibeli.
Hubungi kami
Jika aktivasi tersalah Universe atau kau memerlukan pemindahan yang sah, hubungi support@fazhub.my dengan nombor order dan ID lesen. Jangan hantar secret atau password.